Tuesday, February 26, 2013

Walhasil balik asal !!

Uncle kini kembali ! Begitu panjang masa diambil untuk kembali ke persada blog setelah selesai benda-benda kepentingan utama di luar talian.

Semuanya berlaku secara tidak disengajakan. Kenapa uncle memilih untuk kembali ke blog lama, tidak pula dapat dipastikan kerana semuanya memerlukan kata-kata yang panjang untuk bercerita. Buat masa ni suasana tidak mengizinkan.Cuma uncle hanya mampu berkata, kembali sihat seperti sediakala. Itu sudah cukup bagus dari terus tak muncul-muncul dalam blog nih hihihi...

Blog yang ada header gambar James Bond tu, uncle rasa nak tutup sebab uncle rujuk semula pada yang asal, cam gila talak pulak hahaha !!! alasannya, sebab uncle sayangkan link lama uncle .. nak buat lain rasanya uncle agak letih, tak terdaya nak kejar blogger semua yang semakin hebat semakin mantap, tinggal blog uncle terkedek sensorang !! mana aci !!

Alasan selain dari kesihatan uncle, lappy menghidapi virus, sehingga sekarang uncle hadapi kesusahan nak menaip kerana ada sahaja askara yang ditaip kekadang hilang begitu sahaja angkara serangan virus Trojan !! nak bawak ke kedai terasa malu... almaklumlah lappy punya monitor dah bercerai badan, udah lah begitu, buruk rupa pulak tu, karang ada mamat-mamat repair tu mati terkejut tengok keadaan lappy uncle nanti huhuu..

Alang-alang kemas rumah, sapu habuk, uncle tukar jugak template hihi.. untuk makluman semua, template ni dah bertahun-tahun uncle pakai, sajer nak guna semula agar kembali fresh hihihi .. suka tak? loading dia ok tak? nama template ni "easyloading" maka sesuai lah dengan uncle punya stail yg mahukan kelajuan dalam meloading blog ni.

So kepada semua kenalan, diucapkan hai dan hello, sama ada kenalan baru atau yang dah lama cemuih dengan uncle hahahha .. kita jumpa lagi selepas ini !!