Tuesday, March 5, 2013

Antara Lahad Datu dengan operasi bedah gusi



Mohon ampun terlebih dahulu jikalau entry ini muncul dalam keadaan masyarakat sekeliling heboh dengan mengikuti perkembangan di Lahad Datu, sedang mengira berapa yang terkorban, apakah yang bakal menyusul, tindakan apakah yang bakal di ambil .. pelbagai cerita disana ... uncle pula dengan cerita uncle disini ..

Untuk makluman semua, uncle selesai menjalani pembedahan gusi dan membuang gigi "bongsu" pada Khamis lepas. Saat dan ketika uncle berasa tegang sekali, tegang kerana uncle takut "bedah" uncle takut kena cucuk, takut kepelbagaian sehingga pernah satu ketika uncle pernah menunda  tarikh operation, tapi hari Khamis yang lepas tak termampu hendak dikekang lagi, kena redah kalau mau lega ..

Syukur Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, cuma terasa kebas kepala di sebelah kiri masih belum menyusut, nak menganga telan nasi terasa payah, nak menelan air liur terasa pedih di tekak, mungkin inilah rasa orang lepas operation kot huhuu..

Jikalau ditanya sakit ker kena belah gusi? uncle pada mulanya memang rasa cuak, nak-nak pulak di saat sang doktor nak menyucuk di gusi uncle, kiraan detik pada masa tu nampak cam lambat tapi uncle kena laluinya, perasaan? tak lah sakit mana pun cuma seriau je yang melebih-lebih .. bila kebas memenuhi ruang dalam mulut uncle, segala macam prosedur operation dibuat, antara uncle sedar dan tak sedar jer, " tak terasa apa-apa" sampai lah selesai dan disaat gusi dijahit, memang uncle tak rasa apa pun.

Terpaksa lah sehingga ke hari ni uncle berpantang, erk..pantang makan ker atau pantang tengok makanan uncle dah tak keruan, banyakkan makan yang sejuk, melantak jugak benda yang panas-panas, cakap doktor kekadang terlanggar seketika, mujur ubatan masih dipatuh, telan mengikut waktu.

Habis bab operation, uncle nak berbicara pulak dengan peel komputer di rumah ..

Lappy di rumah uncle memang tak boleh nak ditaip langsung buah butirnya, aksara seperti tak dipatuhi dikala jari menyentuh keyboard, lari sana sini, penangan virus mungkin lebih dasat dari apa yang disangkakan. Hujung bulan baru nak mengantar ke kedai untuk di format. Aduhai ..  terasa sesak sedikit kewangan uncle untuk bulan Mac ini, tapi insyaAllah, tuhan akan mengasihani insan yang selalu berdoa untukNya.